Bergambar dengan buaya dalam air
#KERJA paling gila.. seorang gadis sanggup mempertaruhkan nyawanya demi merealisasikan impiannya dengan merakam gambar bawah laut bersama seekor buaya.
#Bagaikan tidak gentar dengan binatang reptila itu, keberanian gadis yang dikenali sebagai Roberto Mancino dari Itali ini beraksi bersama buaya nyata mengejutkan ramai.
#Mancino merakam gambarnya bersama buaya sekitar bulan Jun di sebuah lagun yang terletak kawasan terumbu karang Banco Chinchorro, Teluk Mexico yang menjadi habitat popular sang buaya.
#Difahamkan, Mancino mengambil masa lima hari dengan berlatih berenang selama 10 jam di kawasan itu agar buaya-buaya di situ berasa selesa dengan kemunculannya.
#Ternyata, penat lelahnya itu membuahkan hasil apabila jurugambar dapat merakamkan beberapa imej mempersona Mancino ketika mendekati haiwan pemangsa itu.
#“Sudah tentu saya tidak mahu semua orang mula berenang dengan buaya selepas ini, namun saya mahu menunjukkan bahawa reptilia itu bukan haiwan yang ganas,” ujar Mancino.
#Mari kita saksikan aksi Mancino bersama sang bedal….
Sumber
0 comments:
Post a Comment