Kronologi Kehilangan 7 Murid Orang Asli


#Setakat ini, laporan media tempatan telah melaporkan lima orang murid daripada tujuh yang hilang telah ditemui.

#Walau bagaimanapun, hanya dua daripada anak Orang Asli tersebut dijumpai selamat manakala tiga lagi telah meninggal dunia.

#23 Ogos 2015 

#– Tujuh murid Orang Asli Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang dilaporkan hilang kerana takut dimarah selepas mandi di sungai berhampiran tanpa kebenaran.

#– Mereka terdiri daripada Mirsudiar Aluj, 11; Norieen, 10; Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Haikal Yaacob, 8; Linda Rosli, 8; dan Juvina Daud, 7.

#– Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Saiful Bahri Abdullah mengesahkan laporan polis telah dibuat kira-kira pukul 2.25 pagi.

#NSTP
#Tujuh murid Orang Asli yang hilang sejak 23 Ogos lalu.
25 Ogos 2015

#– Selepas laporan polis dibuat, gerakan mencari tujuh murid itu dijalankan dan antara pihak yang terlibat adalah pihak polis, penduduk kampung dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

#1 September 2015

#– Pihak polis mendedahkan sepasang stokin ditemui dan percaya ia ada kaitan dengan kehilangan tujuh murid berkenaan.

#– Walau bagaimanapun, ia kemudiaannya disahkan bukan milik kanak-kanak yang telah hilang itu.

#17 September 2015

– Misi pencarian murid Orang Asli itu telah diperluas sehingga 140 kilometer dari kawasan asal.

#– Antara pihak yang terlibat termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), RELA dan JAKOA termasuk ibu bapa kanak-kanak itu serta penduduk kampung.

#28 September 2015

#– Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang berjumpa dengan ketujuh-tujuh keluarga kanak-kanak yang hilang itu menyatakan elemen culik turut diambil kira.

#7 Oktober 2015

#– Pihak polis mengesahkan telah menemui seorang mayat kanak-kanak perempuan yang dipercayai salah seorang murid Orang Asli yang hilang.

#– Mayat mula mereput serta membengkak itu telah ditemui kira-kira jam 7 malam dan dibawa ke Hospital Gua Musang.

#8 Oktober 2015

#– Melalui pengecaman fizikal, mayat tersebut telah disahkan milik salah seorang murid Orang Asli iaitu Sasa Sobrie.

#– Pada hari yang sama juga, pihak polis telah menemui satu lagi rangka yang belum dikenal pasti dengan jarak 500 meter dari mayat Sasa yang ditemui sehari sebelumnya.

#[KES MURID ORANG ASLI HILANG, MAYAT DIKENAL PASTI SASA SOBRIE]
#Sasa Sobrie ditemui mati 
#Sasa Sobrie
#9 Oktober 2015

#– Dua lagi mangsa yang hilang sejak 47 hari lalu ditemui selamat di Sungai Perias.

#– Dua orang kanak-kanak yang terselamat itu dikenali sebagai Norieen Yaakob, 10; dan Mirsudiar Aluj, 11.

#[KES MURID ORANG ASLI HILANG, DIA DITEMUI SELAMAT]
#DITEMUI selamat, Noreen Yacob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, dalam keadaan lemah dan tidak mampu bercakap. - Foto BHarian Online
#Ditemui selamat, Noreen Yacob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, dalam keadaan lemah dan tidak mampu bercakap. – Foto BH Online
#– Mereka ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak mampu berjalan kerana terlalu letih.

#– Pada hari yang sama juga pihak polis telah menemui satu lagi rakan mereka yang telah meninggal dunia.

#– Identiti kanak-kanak yang ditemui mati itu adalah Ika Ayel yang berusia 9 tahun. – MYNEWSHUB.CC
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment