#Bagaimanapun, di sebalik perwatakan lembut dan alim, ustazah berusia 35 tahun itu sanggup menconteng arang di muka keluarga & suaminya, apabila ditangkap khalwat bersama seorang duda sebayanya, yang juga bekas rakan sekolahnya dan suami.
#Ustazah yg memiliki latar belakang yg kuat berpegang kepada ajaran agama itu memberi alasan kononnya dia tertekan akibat suaminya berpoligami sehingga sanggup menjalinkan hubungan cinta dengan duda terbabit & lebih mengejutkan, mereka dipercayai pernah beberapa kali terlanjur.
#Tembelang ustazah terbabit pecah apabila dia ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dengan duda itu baru-baru ini & mereka dilaporkan mengambil masa hampir setengah jam sebelum membuka pintu rumah kedai yg didiami dengan kedua-duanya dlm keadaan berpakaian lengkap.
#Menurut sumber, lebih menyedihkan, ketika kejadian, suami ustazah terbabit berada di Makkah untuk menunaikan haji.
#Katanya, sejurus ditangkap berkhalwat, ustazah terbabit menghubungi suaminya untuk memaklumkan kejadian & terus meminta cerai.
#Menurutnya, ustazah terbabit & suaminya berkahwin pada 1997, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata menyebabkan mereka mengambil dua anak angkat termasuk seorang daripadanya dipelihara sejak kecil.
#“Wanita itu bertemu dengan duda yg juga bekas rakan sekolahnya ketika perlawanan boling pada awal tahun lalu & sejak itu hubungan mereka semakin rapat apabila lelaki itu menjadi tempatnya mencurah perasaan & menagih simpati.
#“Ustazah itu memberitahu duda terbabit kononnya dia tertekan kerana suami berkahwin lain sedangkan sebelum ini, dia sendiri bersetuju serta membenarkan suaminya berpoligami dan mereka sama-sama ke mahkamah untuk menguruskan perkahwinan itu.
“Tetapi, sebagai seorang yang ada latar belakang agama, hubungan dengan lelaki lain bukan cara untuk mengatasi tekanan lebih-lebih lagi dia masih berstatus isteri orang & perhubungan itu mendekatkan mereka dengan maksiat,” katanya.
#Sumber itu berkata, selepas ditangkap, duda itu pula mengaku dia pernah terlanjur dgnn wanita berkenaan, tetapi di pihak ustazah terbabit, dia masih mahu ‘menegakkan benang basah’ #& menyebarkan berita kononnya dia dianiaya.
#Menurutnya, demi menjaga nama baik keluarga dan maruah isteri, suami ustazah terbabit membuat pengakuan kononnya membenarkan duda terbabit menjemput isterinya yg baru pulang daripada rombongan sekolah, sebelum mereka ditangkap khalwat.
#Katanya, ketika ditangkap, pasangan terbabit memberi alasan duda terbabit datang utk menghantarnya pulang ke rumah & membantu mengangkat beg.
Ustazah pun org juga
ReplyDelete